Wednesday, August 16, 2023

Glamping yang glamorous di River & Glamp NUR LAMAN BESTARI ECO RESORT, :)

Assalamualaikum..

Bertemu lagi kita di segmen Making Memories kat mana kali ni? πŸ˜‚

Pilihan kali ini adalah di River & Glamp yang terletak di:

NUR LAMAN BESTARI ECO RESORT, Jalan Sungai Tua, Kampung Batang Batu, 68100 Batu Caves, Selangor.

Tak jauh pun dekat, masih dalam Selangor.

Kami checked in 1 February 2022 dan checked out 2 February 2022 (yaa lama dah kan, baru nak up kat blog.. haha) dan pilih Glamping Tent - River View RM 595.00. Yang ni sekali dengan meal package Dinner, Breakfast & Lunch. Masa tu pergi berempat dengan sahabat dan my little oneπŸ‘„.

Makanan yang disediakan, ok. Boleh tahan. Mudah bercuti macam ni, tak perlu set up tent, masak, bawa beg saja dan enjoyyy. πŸ˜„.

Parking space ada banyak disediakan di hadapan pintu masuk. Takde la jauh kalau nak angkat barang dari kereta ke tent. Cuma kalau bawak luggage agak struggle juga nak tarik sebab jalan berbatu dan tak rata. haha.


Dari pintu masuk utama:



Tent yang very the glamorous complete dengan tilam yang empuk, cermin yang besar, towel dan mug juga disediakan. Panas? tak sebab ada aircond sekali tau. Portable air condition tu. Paling best khemah ni bau wangiiiiiii. Senaskah alquran dan juga sejadah disediakan πŸ’“






Ada fire place yang dihiasi dengan lampu neon. Waktu malam kita boleh bakar marshmallow di fire place disediakan. Oh kayu api kena beli eh. 1 ikat tu RM 10. Demi pengalaman nak membakar marshmallow gigih juga la beli kayu api tu. Haha. Sahabat sorang ni bawa magic powder apa tah dia curah kat api tu terus berwarna warni api tu.




 

 


 


Hasilnya: 

Runtung sudaaaa..


Yang ni ayam yang di perap sendiri dan masak di sana. Tempat memanggang pun di sediakan. Tapi kena bayar sewa dalam RM 50 tak silap. 




Our breakfast. Simple.

Kerusi dan meja makan ada disediakan di belakang setiap khemah. (tempat makan dibawah khemah juga ya, jadi jangan risau hujan/panas) Ada sinki dan sabun sekali. Memang lengkap. Tandas kena jalan kaki sikit dalam 5-6 tapak sahaja dari khemah. Kalau ambil pakej VIP tandas memang tak share dengan guest lain. Kami ambil package tent biasa jadi toilet kena share. Tak kisahlah janji ada tandas.

Tandas memang best. Ada water heater, ada sink dan luas. Bersih dan wangi. Tu yang paling penting. Cumanya kalau malam nak terkucil, memang agak seram sikit. (Mula la datang semua ingatan cerita seram The Nun la, Conjuring la, segala bagai. Hahahahah.)

Oh surau pun ada disediakan. Berdekatan tent dan toilet. 

Inilah dia upacara yang dinanti-nanti kan .. Mandi sungaiiiiii!!!!



The team that makes the dream works.. πŸ’œ



Management ada sediakan tube untuk disewa. Tapi masa tu ramai orang sewa jadi kitorang tak dapat guna untuk water adventure @ dihanyutkan air guna tube tuπŸ˜•.

Kesemua tent kat sini memang menghadap sungai. Indah betul tidur dengan bunyi air sungai yang menderu. Best experience ever. Waktu malam sejukkkkk. Kawasan tent, sungai, tepi sungai memang sangat bersih. Surprisingly tak ada nyamuk pun. Katak pun tak ada haha. Beria bawa repellentπŸ˜‚.

Kawasan ini dikawal selia oleh Nur Laman Bestari Eco Resort. Memang tip top kebersihannya. 


 Hati-hati kawasan sini ada 'penunggu'.😜


Manja mengada pulak tu penunggu niπŸ˜†

Dalam jam 7 pagi macam tu we did brisk walk area tu. Ada few cottage, rooms untuk disewa. Ada juga gazebo untuk pengunjung yang nak mandi sungai. Latest, ada disediakan khemah yang ala-ala campers tu. 






Kesemuanya dekat dengan tandas dan setengah gazebo ada disediakan tempat BBQ dan sinki. Memang best facilities kat sini. Kawasan ini agak private dan boleh masuk dengan booking sahaja. Sebab tu kawasan ni terpelihara dan bersih sentiasa. 



Alhamdulillah. Syukur nikmat. Rezeki dapat bercuti dengan sahabat. Special thanks to kak mimi dan kak rin yang plan for this trip.πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹. We just follow jer their plans.Hehe.

Harap review ni dapat membantu you alls yang tengah survey plan nak bercuti ala glamping gituu. Boleh refer their FB Page:  https://www.facebook.com/riverandglamp/ 

Ini bukan paid reviewπŸ˜€. Ada tempat best, kita share.

Okay, till next vacation!. πŸ’‹


















 


 






Wednesday, September 16, 2020

Pengalaman Bercuti di Timur Bay Seafront Residence ^^

 Pertama kali jejak kaki ke Kuantan, dan pertama kali bestnya mandi pantai!




Okay, okay, pantai lain pun okay juga, sebelum ni kami pernah pergi Pangkor, Teluk Batik, Teluk Senangin, mostly pantai laut selat Melaka lah. Tapi, first time pergi Laut China Selatan.  Pantainya mendatar tak jerlus macam kat pangkor. Best!

Sebenarnya objektif utama ke Pahang adalah mencari Ikan Patin Tempoyak yang sangat famous tu, haha. Tak terfikir pun nak stay dan bermalam di Kuantan. Benda ni terjadi bila dok scroll kat FB dan ternampak member a.k.a my partner in crime, pi stay sana. Macam best, so saja whatssap owner tanya, rate, facilities dan speciality disana. Dari niat nak tanya, terus sangkut bayar deposit πŸ˜‚. Timur Bay Seafront Residence ni betul-betul menghadap Pantai Laut China Selatan, Pantai Balok. Pantai ni hanya 50 meter dari Apartment, dan ada 5 jenis pool. Yea you heard it right, 5 JENIS POOL. haaa, mana tak tergoda mendengarnya, haha!. Jadi bermula lah pengembaraan kami dari Selangor ke Pahang selama 4 jam. 


Aha, jumpa pun Mr. Patin! Sedap. Alhamdulillah^^


Okay nak cerita pasal Timur Bay Seafront Residence yang kami duduk ni. Ia sejenis apartment, studio unit. Unit yang kami stay tu, studio unit with 1 bedroom + 1 bathroom and toilet. Owner unit ni sangat peramah dan baik. Complete information dia bagi, kedai-kedai dan tempat makan berhampiran, main attraction. Dari first conversation pasal booking, check in seterusnya ke check out memang mudah. Alhamdulillah.


Tu ha pool diaaa, best kan!

Nice view!

Gambar keseluruhan apartment.


Unit ni best sebab complete dengan sejadah, towel, microwave, cerek elektik, hair dryer, iron board, iron, washing + dryer machine (ha yang ni memang paling berguna sekali sebab asyik basah je baju mandi kolam tak habis, boleh basuh baju dan keringkan terus simpan dalam beg, tak ada lah azab mengheret beg berat πŸ˜‚). Oh lagi satu, benda yang paling jarang dijumpai di unit homestay lain - tuala wanita pun ada disediakan, I really appreciate your thoughtfulness Puan. 😌. Masa mula-mula masuk unit ni, bau wangi, kemas dan ada decoration atas katil. Rasa aman dan seronok masuk unit tu. Hilang penat I selaku lady driver kepada mereka-mereka iniii πŸ˜‚ . 







Nice kan decoration katil.







Siap sediakan face mask and sanitizer lagi πŸ’“



Yang best, owner unit ni sangat pemurah. Ada disediakan maggi, mineral water, biskut, minuman 3 in1, gula, teh, kopi. Ha senang ada kudapan kalau lapar lagi tengah malam. Sarapan pun disediakan. Ada perkhidmatan untuk oder makanan nanti ada orang hantarkan (pembantu owner unit ni). Depan main entrance building ni pun ada 2,3 kedai makan. So kalau nak cari breakfast sendiri pun jalan kaki, lintas jalan saja. Sepanjang pantai balok ni memang banyak kedai makan. Malam tu, kami makan di kedai seafood berhampiran, dalam 10 min saja jaraknya. Cuma unit ni tak menghadap pantai, ala kalau nak menghadap pantai pi lah turun hadap pantai puas-puas ye tak. Kalau dah masuk bilik, ada yang melepet aje atas katil tak pun tengok phone, kan, kan, πŸ˜’ Oh, owner unit ni dah sanitasikan bilik ni setiap kali guest nak masuk. Insha Allah, bersih dan selamat dari kuman-kuman jahat tu.

Macam-macam kudapan ada. Tak sempat nak lapar. Hihi.

Dapur yang ringkas dan selesa ^^


Security part - tip top. Setiap gate, pintu, guna access card. Dari parking ke unit, ke pool ke pantai semua kena touch card tu. Nak keluar dari pagar dan nak ke pantai pun kena touch card. 

Sunset

Makan aiskrim sambil mandi laut memang layan. hahah.

Pool facing laut.

Duyung dan dugung. ehπŸ˜‚


Suka sangat tu.πŸ˜‰

Proses check in macam biasa jam 3, parking pun ada disediakan. Esoknya kami minta check out lewat, 1pm, alhamdulillah owner izinkan.

Kesimpulannya, Timur Bay Seafront Residence memang best. 

Kalau berminat boleh contact Puan Fatimah ; +0189614150 atau rujuk FB page https://www.facebook.com/ridzqi.ilham

**ini bukan paid review ya, review yang jujur, ikhlas dari hati. hehe.


Oh balik tu, kita sempat singgah pantai Teluk Cempedak. Menariknya disini, ada rak disediakan untuk free reading. Unik. Oh dan ada Encik Spiderman lah! hehe. TC ni memang best kalau waktu malam. Waktu siang biasa-biasa sahaja. Tempat makan macam Secret Recipe, Mcdonalds dan Starbucks betul-betul facing laut. Kan best kalau banyak gerai biasa-biasa jual seafood ke, celup tepung kat sini. Hurmm...





Book for life!

The famous TC Starbucks tu. Tak masuk sebab panjang sungguh beraturnya. huhu.

Met Mr Spiderman!

Kuantan was fun! Alhamdulillah, syukur. Till next adventure ^^





 

Glamping yang glamorous di River & Glamp NUR LAMAN BESTARI ECO RESORT, :)

Assalamualaikum.. Bertemu lagi kita di segmen Ma king Memories kat mana kali ni? πŸ˜‚ Pilihan kali ini adalah di River & Glamp yang terl...