Assalamualaikum..
Bertemu lagi kita di segmen Making Memories kat mana kali ni? π
Pilihan kali ini adalah di River & Glamp yang terletak di:
NUR LAMAN BESTARI ECO RESORT, Jalan Sungai Tua, Kampung Batang Batu, 68100 Batu Caves, Selangor.
Tak jauh pun dekat, masih dalam Selangor.
Kami checked in 1 February 2022 dan checked out 2 February 2022 (yaa lama dah kan, baru nak up kat blog.. haha) dan pilih Glamping Tent - River View RM 595.00. Yang ni sekali dengan meal package Dinner, Breakfast & Lunch. Masa tu pergi berempat dengan sahabat dan my little oneπ.
Makanan yang disediakan, ok. Boleh tahan. Mudah bercuti macam ni, tak perlu set up tent, masak, bawa beg saja dan enjoyyy. π.
Parking space ada banyak disediakan di hadapan pintu masuk. Takde la jauh kalau nak angkat barang dari kereta ke tent. Cuma kalau bawak luggage agak struggle juga nak tarik sebab jalan berbatu dan tak rata. haha.
Dari pintu masuk utama:
Tent yang very the glamorous complete dengan tilam yang empuk, cermin yang besar, towel dan mug juga disediakan. Panas? tak sebab ada aircond sekali tau. Portable air condition tu. Paling best khemah ni bau wangiiiiiii. Senaskah alquran dan juga sejadah disediakan π
Ada fire place yang dihiasi dengan lampu neon. Waktu malam kita boleh bakar marshmallow di fire place disediakan. Oh kayu api kena beli eh. 1 ikat tu RM 10. Demi pengalaman nak membakar marshmallow gigih juga la beli kayu api tu. Haha. Sahabat sorang ni bawa magic powder apa tah dia curah kat api tu terus berwarna warni api tu.
Hasilnya:
Runtung sudaaaa..
Yang ni ayam yang di perap sendiri dan masak di sana. Tempat memanggang pun di sediakan. Tapi kena bayar sewa dalam RM 50 tak silap.
Our breakfast. Simple.
Kerusi dan meja makan ada disediakan di belakang setiap khemah. (tempat makan dibawah khemah juga ya, jadi jangan risau hujan/panas) Ada sinki dan sabun sekali. Memang lengkap. Tandas kena jalan kaki sikit dalam 5-6 tapak sahaja dari khemah. Kalau ambil pakej VIP tandas memang tak share dengan guest lain. Kami ambil package tent biasa jadi toilet kena share. Tak kisahlah janji ada tandas.
Tandas memang best. Ada water heater, ada sink dan luas. Bersih dan wangi. Tu yang paling penting. Cumanya kalau malam nak terkucil, memang agak seram sikit. (Mula la datang semua ingatan cerita seram The Nun la, Conjuring la, segala bagai. Hahahahah.)
Oh surau pun ada disediakan. Berdekatan tent dan toilet.
Inilah dia upacara yang dinanti-nanti kan .. Mandi sungaiiiiii!!!!
The team that makes the dream works.. π
Management ada sediakan tube untuk disewa. Tapi masa tu ramai orang sewa jadi kitorang tak dapat guna untuk water adventure @ dihanyutkan air guna tube tuπ.
Kesemua tent kat sini memang menghadap sungai. Indah betul tidur dengan bunyi air sungai yang menderu. Best experience ever. Waktu malam sejukkkkk. Kawasan tent, sungai, tepi sungai memang sangat bersih. Surprisingly tak ada nyamuk pun. Katak pun tak ada haha. Beria bawa repellentπ.
Kawasan ini dikawal selia oleh Nur Laman Bestari Eco Resort. Memang tip top kebersihannya.
Hati-hati kawasan sini ada 'penunggu'.π
Manja mengada pulak tu penunggu niπ
Dalam jam 7 pagi macam tu we did brisk walk area tu. Ada few cottage, rooms untuk disewa. Ada juga gazebo untuk pengunjung yang nak mandi sungai. Latest, ada disediakan khemah yang ala-ala campers tu.
Kesemuanya dekat dengan tandas dan setengah gazebo ada disediakan tempat BBQ dan sinki. Memang best facilities kat sini. Kawasan ini agak private dan boleh masuk dengan booking sahaja. Sebab tu kawasan ni terpelihara dan bersih sentiasa.
Alhamdulillah. Syukur nikmat. Rezeki dapat bercuti dengan sahabat. Special thanks to kak mimi dan kak rin yang plan for this trip.πππ. We just follow jer their plans.Hehe.
Ini bukan paid reviewπ. Ada tempat best, kita share.
Okay, till next vacation!. π
No comments:
Post a Comment