Wednesday, September 16, 2020

Pengalaman Bercuti di Timur Bay Seafront Residence ^^

 Pertama kali jejak kaki ke Kuantan, dan pertama kali bestnya mandi pantai!




Okay, okay, pantai lain pun okay juga, sebelum ni kami pernah pergi Pangkor, Teluk Batik, Teluk Senangin, mostly pantai laut selat Melaka lah. Tapi, first time pergi Laut China Selatan.  Pantainya mendatar tak jerlus macam kat pangkor. Best!

Sebenarnya objektif utama ke Pahang adalah mencari Ikan Patin Tempoyak yang sangat famous tu, haha. Tak terfikir pun nak stay dan bermalam di Kuantan. Benda ni terjadi bila dok scroll kat FB dan ternampak member a.k.a my partner in crime, pi stay sana. Macam best, so saja whatssap owner tanya, rate, facilities dan speciality disana. Dari niat nak tanya, terus sangkut bayar deposit 😂. Timur Bay Seafront Residence ni betul-betul menghadap Pantai Laut China Selatan, Pantai Balok. Pantai ni hanya 50 meter dari Apartment, dan ada 5 jenis pool. Yea you heard it right, 5 JENIS POOL. haaa, mana tak tergoda mendengarnya, haha!. Jadi bermula lah pengembaraan kami dari Selangor ke Pahang selama 4 jam. 


Aha, jumpa pun Mr. Patin! Sedap. Alhamdulillah^^


Okay nak cerita pasal Timur Bay Seafront Residence yang kami duduk ni. Ia sejenis apartment, studio unit. Unit yang kami stay tu, studio unit with 1 bedroom + 1 bathroom and toilet. Owner unit ni sangat peramah dan baik. Complete information dia bagi, kedai-kedai dan tempat makan berhampiran, main attraction. Dari first conversation pasal booking, check in seterusnya ke check out memang mudah. Alhamdulillah.


Tu ha pool diaaa, best kan!

Nice view!

Gambar keseluruhan apartment.


Unit ni best sebab complete dengan sejadah, towel, microwave, cerek elektik, hair dryer, iron board, iron, washing + dryer machine (ha yang ni memang paling berguna sekali sebab asyik basah je baju mandi kolam tak habis, boleh basuh baju dan keringkan terus simpan dalam beg, tak ada lah azab mengheret beg berat 😂). Oh lagi satu, benda yang paling jarang dijumpai di unit homestay lain - tuala wanita pun ada disediakan, I really appreciate your thoughtfulness Puan. 😌. Masa mula-mula masuk unit ni, bau wangi, kemas dan ada decoration atas katil. Rasa aman dan seronok masuk unit tu. Hilang penat I selaku lady driver kepada mereka-mereka iniii 😂 . 







Nice kan decoration katil.







Siap sediakan face mask and sanitizer lagi 💓



Yang best, owner unit ni sangat pemurah. Ada disediakan maggi, mineral water, biskut, minuman 3 in1, gula, teh, kopi. Ha senang ada kudapan kalau lapar lagi tengah malam. Sarapan pun disediakan. Ada perkhidmatan untuk oder makanan nanti ada orang hantarkan (pembantu owner unit ni). Depan main entrance building ni pun ada 2,3 kedai makan. So kalau nak cari breakfast sendiri pun jalan kaki, lintas jalan saja. Sepanjang pantai balok ni memang banyak kedai makan. Malam tu, kami makan di kedai seafood berhampiran, dalam 10 min saja jaraknya. Cuma unit ni tak menghadap pantai, ala kalau nak menghadap pantai pi lah turun hadap pantai puas-puas ye tak. Kalau dah masuk bilik, ada yang melepet aje atas katil tak pun tengok phone, kan, kan, 😒 Oh, owner unit ni dah sanitasikan bilik ni setiap kali guest nak masuk. Insha Allah, bersih dan selamat dari kuman-kuman jahat tu.

Macam-macam kudapan ada. Tak sempat nak lapar. Hihi.

Dapur yang ringkas dan selesa ^^


Security part - tip top. Setiap gate, pintu, guna access card. Dari parking ke unit, ke pool ke pantai semua kena touch card tu. Nak keluar dari pagar dan nak ke pantai pun kena touch card. 

Sunset

Makan aiskrim sambil mandi laut memang layan. hahah.

Pool facing laut.

Duyung dan dugung. eh😂


Suka sangat tu.😉

Proses check in macam biasa jam 3, parking pun ada disediakan. Esoknya kami minta check out lewat, 1pm, alhamdulillah owner izinkan.

Kesimpulannya, Timur Bay Seafront Residence memang best. 

Kalau berminat boleh contact Puan Fatimah ; +0189614150 atau rujuk FB page https://www.facebook.com/ridzqi.ilham

**ini bukan paid review ya, review yang jujur, ikhlas dari hati. hehe.


Oh balik tu, kita sempat singgah pantai Teluk Cempedak. Menariknya disini, ada rak disediakan untuk free reading. Unik. Oh dan ada Encik Spiderman lah! hehe. TC ni memang best kalau waktu malam. Waktu siang biasa-biasa sahaja. Tempat makan macam Secret Recipe, Mcdonalds dan Starbucks betul-betul facing laut. Kan best kalau banyak gerai biasa-biasa jual seafood ke, celup tepung kat sini. Hurmm...





Book for life!

The famous TC Starbucks tu. Tak masuk sebab panjang sungguh beraturnya. huhu.

Met Mr Spiderman!

Kuantan was fun! Alhamdulillah, syukur. Till next adventure ^^





 

Glamping yang glamorous di River & Glamp NUR LAMAN BESTARI ECO RESORT, :)

Assalamualaikum.. Bertemu lagi kita di segmen Ma king Memories kat mana kali ni? 😂 Pilihan kali ini adalah di River & Glamp yang terl...